Assalamualaikum.

second post of the day ha? hahaha. girls some very the useful tips for you.

Situation 1
Sorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam.
Dia sorang diri, tiba-tiba ada sorang laki tak dikenali nak naik sama. Apa nak buat?

Jawapan Pakar : Setelah berada dalam lif, katakan korang nak ke tingkat 13, make sure korang tekan lah semua butang yang ada daripada 1st floor hinggalah ke tingkat destinasi anda. lantak lah dia kata kau gler ka hape. nak tau sebab ape? sebab takde siapa yang akan berani menyerang korang dalam lif yang akan berhenti pada setiap tingkat.

Situation 2
Ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan time tu perempuan tu sorang je kat rumah. Apa nak buat? cepat cepat nak buat ape ni?!

Jawapan Pakar : LARI KE DAPUR! ini kerana hanya korang sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan dan pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan korang. Mulakan dengan baling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!

Situation 3
Tengah dok jalan-jalan kat satu laluan atau parking lot ke tetiba rasa macam ada sorang mamat follow dari belakang. Apa nak buat? secret admire kah? stalker kah? aigoooo otokk k?

Jawapan Pakar : CHANGE YOUR DIRECTION! ubah haluan yang korang lalu secara tiba-tiba, either menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus - ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk mereka berpatah balik dan tangkap korang and maybe penjahat ni akan putus asa lalu mencari mangsa lain. Jika gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus ikut, pusing dan jerit, "Apa yang kau nak ha?!" dengan suara yang paling kuat dan garang! muka tu biar bengis skit okay? ini berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang.tak berhasil? SCREAM! kata lah kalau gagal jugak kan..diorang gelak kan kau lagi ade lah kan. ade self alarm atau ape ape apps polis ke ape ntah bersama? gunakannya!


Situation 4
Katakanlah kann.. baru sampai dari kl ke jb. fuhh! so far far way penat plak tu. waktu tu dah malam. call boypreng tak angkat.. famili takde kereta nak amek.. so terpakse ler naik teksi. tengok muka dreba teksi tu semacam jek. erkk! teksi lain takde dah. abah umi, what to do? huuuuuuuu

Jawapan Pakar : Before naik teksi tu pada waktu malam....hmm eh wait! kalau siang pun takpe (safety first lah katakan), orang nak buat jahat bukan kisah terang gelap pagi petang siang malam kan? hehe. pastikan korang tulis details number pendaftaran teksi tersebut. Duduk bahagian belakang. After that call lah atau rakan korang dan bagi tau diorang details pasal nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami. Let us say takde yg angkat call, pretend like korang tengah sembang dalam satu perbualan telefon. Benda ni buat dreba teksi tu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan kalau jadi apa-apa, for sure dia dalam big trouble! Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad nak hantar ke destinasi yang dituju dengan selamat. hopefully. eh lupa plak..jangan lupa cam muka tau..tenang abes abes muka dia.


Situation 5
Oklah. dah amek no plate teksi, nama pemandu pun dah tulis. buat-buat call famili pun dah. tapi dreba teksi tu buat hal jugak! die tukar direction ke arah lain. nak masuk jalan hutan kot! Apa nak buat? lutut da ketaq gler dah ni. peluh dingin membasahi muka tubuh menggigil

Jawapan Pakar : Gunakan tali beg tangan korang untuk menjerut leher driver tu dari belakang! within few seconds, dia akan rasa sesak dan tidak berdaya. if takde beg tangan bertali (al maklumlah brutal katanya) just tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku.

note : sebaik-baik perlindungan bagi wanita adalah memakai pakaian yang sopan dan elakkan diri dari berjalan di kawasan sunyi seorang diri. dan paling penting... DOA!