Assalamualaikum.

Hari ni aku recieve parcel daripada encik posmen. "pin! pin! pin!" dia kat depan rumah aku tunggu aku keluar. actually ni first time aku baca zine. bukan zina tau. otak tu kasi bersih sikit. mula-mula aku tak tau pun zine tu apa. sampai lah ada abang ni dia kata dia nak buat zine.

masa dia kata zine tu aku tak tau zine tu hape, nak tanya tapi tiba-tiba ada member tanya. pastu kan member tu macam kena bash dengan abang tu hahaha. berkata dia :

"pergi search google sana." kata abang itu dalam nada yang aku baca dia macam bengang sebab kitorang tak tahu. haksss. yelah bengang lah kot di asyik bercerita pasal zine tapi kitorang tak tau zine tu apa. lawak pula. korang yang tak tau zine tu ape pun pergi google sana. hehehe.

panjang muqaddimah aku ni, sambung balik.

aku order zine daripada abang, sorang ni kat twitter. tajuk dia Paranorma. aku belum baca lagi lah. first time beli, aku beli sebab aku berminat. aku nak cipta kelainan, all this while dok baca novel cintan cintun. muak pulak aku wei. uwekkk! now slowly aku nak mula beralih arah ke novel seram or yang lebih ilmiah.

zine paranorma from ed.

cover macam best. tak sabar nak baca malam ni. hiuhhh.




beli tau. buat lah kelainan sikit. rare sikit hahaha. ni twitter dia Eddie. ehmm one more kerusisepi, dia ni pun jual zine jugak. 

apa lagi ye hmmm. ha nak tunggu review aku pasal zine paranorma. nak tunggu review kena lah tunggu aku habis baca dulu. hahaha. okay lah aku nak baca zine yang baru hangat sampai ni. hiksss.

adios!