Hai!


Well sejak habis Sijil Pelajaran Malaysia tahun lepas memang aku jadi so pasif gila la. Dah la masa sekolah pun tak aktif sukan dan lain lain. hahahaha. Jadi start akhir bulan April aku amik inisiatif untuk pergi bersenam kat stadium haha. At first segan lah jugak kan huhu. Then aku ajak la member kawan sekolah named Amirah Huda.

Alhamdulillah lah dia pun nak join aku hehe. Walaupun takde lah jogging mana pun kan sekadar jalan macam jalan jalan pergi shopping kahkahkah. Seriously aku rasa kerdil gila sebab kat stadium tu ada pakcik makcik yang dah over separuh abad umurnya tapi kaki masih teguh berlari peluh macam mandi. I swear I dont lie. Malu jugak lah sebab mereka even dah tua pun masih mementingkan kesihatan. Yang muda mudi pulak ada segelintir yang tak jaga kesihatan. Aku salute habis lah kat mereka ni. Ada seorang pakcik ni selalu tegur aku "Eh dik marilah ikut uncle kita jogging. Pelan-pelan je". Segan kita dengan pakcik ni.

Aku pun ada jumpa jugak family yang petang petang datang main dengan anak anak. Ohh so cute! Tiba-tiba rasa nak kahwin LOL. Ya Allah jumpa budak budak comel lari lari aaaaa I cant stand with it. Lagi-lagi yang buat muka blur je terkebil kebil mata bila aku lalu depan diorang or senyum. Setengahnya ada jugak yang gelak balik. Terasa macam mummy mummy pula.

Then, adalah budak budak sekolah rendah yang main bola petang petang even penat seharian sekolah. Eh mana aku tau pulak mereka ni seharian sekolah? Haaa instinct gituhh. Aku and kawan aku macam impressed jugak la sebab masih ada budak budak zaman sekarang yang keluar petang petang main dengan kawan kawan. Takde lah balik sekolah tidur atau menghadap gajet je kan. Bagus dik! Keep it up!

Pemandangan yang seterusnya pulak ada lah anak muda lelaki yang umur macam dalam lingkungan 19-30 an main futsal. Terjerit jerit main futsal. Emosinya lahai. Tapi kan kalau perempuan yang main lagi emosi, silap silap sampai ke tahun depan emosinya. Kah!

Overall, memang best lah dapat exercise petang petang. Selain dapat release stress dan dapat kesihatan yang lebih baik, aku pun dapat tengok family yang bahagia, kawan kawan yang erat persahabatannya walau mungkin ada yang dah sambung belajar or kahwin and pakcik makcik yang mementingkan kesihatan. Terbukak sikit mata aku dengan dunia sekeliling ni.

Adios!